TH Kemaman merupakan pejabat TH Cawangan yang ketiga dibuka di Negeri Terengganu selepas TH Kuala Terengganu dan TH Besut. Ianya mula beroperasi pada 15 Mei 1983. Pada masa tersebut, TH Kemaman telah menyewa 1 unit ruang bangunan di Arked Mara berhampiran dengan Perhentian Bas Kemaman. Pada tahun 1985, satu rancangan bersama Majlis Daerah Kemaman (kini dikenali Majlis Perbandaran Kemaman), Yayasan Islam Terengganu dan Tabung Haji telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan.
Bangunan tersebut telah siap dibina dan mula diduduki pada 8 Februari 1989 dan ianya dikenali dengan nama Bangunan Wisma Serangkai dan TH Kemaman telah mula berpindah dan menjalankan operasi di bangunan tersebut di Tingkat 1. Dengan terbinanya bangunan ini, TH Kemaman bukan sahaya berperanan untuk memberi perkhidmatan kepada pendeposit melalui Simpanan dan Pengeluaran serta Urusan Haji, malahan lebih meluas lagi. Di antaranya TH Kemaman juga berperanan membantu masyarakat Bumiputera dalam bidang perniagaan dengan menyediakan prasarana ruangniaga dengan harga yang berpatutan.